Welcome

SELAMAT DATANG DAN BERSAMA KITA BERKONGSI ILMU UNTUK MENINGKATKAN PENGETAHUAN..............................................YA ALLAH.....YANG MAHA MENGASIHANI... SELAMATKAN SAUDARA ISLAM KAMI DI PALASTINE, DI AFGHANISTAN DAN DI MANA JUA.... KUATKAN IMAN MEREKA....TABAHKANLAH HATI MEREKA...SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA MENGETAHUI SEGALA KEJADIAN.....

29 November, 2012

DIDIK HIBUR



Didik hibur dan Seni dalam Pengajaran dan  pembelajaran Bahasa Melayu merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid



Definisi Didik Hibur

Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur

Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar,

Hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan

Rumusan:

Pengajaran bersifat santai, berhibur  komponen jasmani dan rohani



Objektif Didik Hibur

Tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan sekolah menegah :

i.      Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur.

ii.     Mengguna dan memahami bahasa yang indah   dan bahasa badan dalam
        lakonan dan bercerita.       

iii.    Mengguna dan memahami pantun dua kerat   secara didik hibur.



Ciri – ciri Didik Hibur

    Pembelajaran yang seronok dan ceria.

    Meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid

    Murid boleh berkomunikasi secara verbal dan non verbal.

    Menunjukkan tahap perubahan tingkah laku(tahu,faham,hayati)

    Semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.


Elemen Dalam Didik Hibur
Nyanyian—
Bercerita
—Lakonan
Puisi



Elemen 1: Nyanyian

    Mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria

    Membantu murid mengingati apa-apa  yang dipelajari.

    Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan,
      struktur ayat.

    Mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa.


Elemen 2 : Bercerita
-Cerita adalah sesuatu yang dicakap, dibual, diungkap secara langsung kepada murid
-Kanak-kanak suka mendengar cerita.

-Guru perlu bersedia, bercerita secara natural.
—-Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi.



Elemen 3 :Lakonan
 ~Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang  
  didengarinya itu secara tepat.
~Menyuburkan semangat kekitaan,bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu
  kumpulan.
~Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid.
~Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negatif lain.
~Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi
  keadaan sebenar.


Contoh  Perlaksanaan Salah Satu  Elemen  Didik Hibur      
      
Elemen Nyanyian
 


LAGU : BUNYI BINATANG






 
Video Nyanyian Murid



SOALAN - SOALAN LATIHAN



Capaian Maklumat Tentang Hibur Didik

http://emmaazlina.blogspot.com/2011/12/nota-didik-hibur.html

14 comments:

  1. soalan yang mencabar dan menarik perhatian murid.

    ReplyDelete
  2. blog yang bagus ...teruskan usaha!

    ReplyDelete
  3. menarik dan terima kasih kerana perkongsian ilmu .

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Teruskan mengemaskini blog cikgu.

    ReplyDelete
  5. Blog yang penuh dengan informasi..
    Tahniah...

    ReplyDelete
  6. bahan-bahan yg menarik..sangat sesuai untuk p&p..tahniah

    ReplyDelete
  7. Blog yang canggih dan berfaedah.

    ReplyDelete
  8. Tahniah cikgu blog yang sangat menarik dan ada info yang boleh dikongsi bersama. terima kasih..dan teruskan usaha lagi..

    ReplyDelete
  9. tahniah cikgu....blog yg menarik dan berinformasi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang di berikan...