Didik hibur dan Seni dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada
murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia.
Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi
seronok untuk diikuti murid-murid
Definisi Didik Hibur
— Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur
— Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati
dan ajar,
— Hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan
Rumusan:
Pengajaran
bersifat santai, berhibur komponen
jasmani dan rohani
Objektif
Didik Hibur
Tiga
objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan
sekolah menegah :
i. Mengguna dan memahami lirik lagu secara
didik hibur.
ii. Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam
lakonan dan bercerita.
lakonan dan bercerita.
iii. Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.
Ciri
– ciri Didik Hibur
•
Pembelajaran yang seronok dan ceria.
•
Meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid
•
Murid boleh berkomunikasi secara verbal dan non verbal.
•
Menunjukkan tahap perubahan tingkah laku(tahu,faham,hayati)
•
Semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.
Elemen
Dalam Didik Hibur
Nyanyian—Bercerita
—Lakonan
Puisi
Elemen 1: Nyanyian
•
Mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria
•
Membantu murid mengingati apa-apa
yang dipelajari.
•
Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan,
struktur ayat.
•
Mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa.
Elemen 2 : Bercerita
-Cerita adalah sesuatu yang dicakap, dibual, diungkap secara langsung kepada murid-Kanak-kanak suka mendengar cerita.
-Guru perlu bersedia, bercerita secara natural.
—-Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi.
Elemen 3 :Lakonan
~Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat.
~Menyuburkan semangat kekitaan,bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu
kumpulan.
~Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid.
~Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negatif lain.
~Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi
keadaan sebenar.
Contoh Perlaksanaan Salah Satu Elemen Didik Hibur
Elemen Nyanyian
Video Nyanyian Murid
SOALAN - SOALAN LATIHAN
Capaian Maklumat Tentang Hibur Didik
http://emmaazlina.blogspot.com/2011/12/nota-didik-hibur.html